Kepala Batas kecoh, desakan ‘Dolah Badawi letak jawatan’
Monday, March 27, 2006
Oleh Zulkifli Mohamed
Oleh Zulkifli Mohamed
Pantang pendekar, bertarung mesti berhadapan di tempat lawan...
Pak Lah fikirkanlah nasihat ibumu
KEPALA BATAS: ‘Jantung hati’ Perdana Menteri, Kepala Batas, kecoh seketika apabila lebih seribu penunjuk perasaan melaungkan ‘Dolah Badawih letak jawatan’ dan diikuti dengan perarakan yang diura-urakan menuju ke kediaman pemimpin utama negara itu, di sini, Ahad petang.Terdengar laungan ‘ayuh ke rumah Pak Lah’ setelah mereka dihalang oleh polis untuk meneruskan demo ‘Protes Sampai Turun’ di Kompleks Dato’ Kailan, di sini.Justeru, sekumpulan penunjuk perasaan berjalan kaki dan bermotosikal berarak di jalan raya diketuai Naib Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mohd Akin.Turut serta Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Badrul Hisham Saharin, Exco Angkatan Muda Fariz Musa, Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang Amizudin Ahmat dan beberapa exco pimpinan Angkatan Muda pusat dan negeri.Kesesakan jalan raya berlaku sejauh kira-kira 1.5 km.Keadaan itu menimbulkan panik di kalangan anggota polis sehingga memaksa mereka cuba merampas bendera Keadilan dan kain rentang yang dibawa penunjuk perasaan.


Sementara Badrul Hisham berkata, Parlimen telah dimaklumkan kerajaan membelanjakan sebanyak RM230 ribu sebulan untuk bayaran bil elektrik mahligai Perdana Menteri di Putrajaya.“Manakala pemimpin yang mahukan rakyat mengubah cara hidup, (Najib) kos bil elektrik rumahnya sahaja sebanyak RM68 ribu sebulan,” jelasnya.Berikutan itu, Badrul berkata rakyat terseksa sekarang, sekiranya Abdullah tidak mampu mentadbir negara, rakyat minta Abdullah letak jawatan.Bagi Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, Amizudin pula secara terbuka mencabar Ketua Pemuda Umno negeri itu untuk berdebat secara terbuka dengannya berkenaan isu kenaikan harga minyak.
2 Comments:
At 4:17 PM,
che'GuBard said…
Hidup ! En Sam!......bila hang nak racun Pak Ezam buat blog lak.....heeeeee
At 11:57 AM,
Anonymous said…
Mantap Tuan Shamsul
Post a Comment
<< Home