Shamsul Iskandar Mohd. Akin

Suara Anak Muda

Thursday, May 11, 2006

KeADILan KECAM AHLI PARLIMEN JASIN SALAHGUNA KUASA


Tindakan Ahli Parlimen Jasin yang mencampuri urusan Kastam dan Eksais Diraja (KDRM) Melaka dalam isu rampasan kayu balak bergergaji import, merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang harus diberi perhatian khusus. Perkara ini telah memberi impak negatif beliau sebagai Ahli Perlimen BN yang kononnya melaungkan slogan anti rasuah.

Justeru, KeADILan Bahagian Jasin melalui saya sendiri....telah mengambil langkah membuat laporan polis agar siasatan lebih lanjut dilakukan. Laporan polis tersebut telah dibuat di IPD Jasin pada 5 Mei 2006 (Jumaat) dan disertai oleh Jawatankuasa KeADILan Bahagian Jasin serta PAS Kawasan Jasin.


Berkaitan dengan isu ini juga, satu laporan telah dibuat di Pejabat BPR Melaka pada 8 Mei 2006 (Isnin) dengan tujuan dan hasrat yang sama supaya perkara ini dapat disiasat sepenuhnya dan dilakukan pendakwaan terhadap beliau .
Turut serta dalam laporan yang dibuat ini, ialah Ketua AMK Melaka, Sdr. Mohd. Yusof Abdullah, Jawatankuasa KeADILan Jasin, AMK Negeri Melaka dan Ustz. Kamaruddin Sidek (PAS Kawasan Jasin).

Di dalam masa yang sama, di atas tanggungjawab moral, beliau mesti meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Jasin !

KeADILan Jasin juga mengambil kesempatan untuk memuji Datuk Shahrir Samad di atas tindakan beliau meletakkan jawatan yang dilakukan di atas dasar prinsip yang jelas tidak mahu berkompromi di atas perlakuan rasuah dan salah guna kuasa oleh ahli parlimen.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home