Jejak Fakir: Manifestasi Kepedulian Rakyat
Angkatan Muda Pulau Pinang baru-baru ini telah memulakan siri ke 2 Jejak Fakir mereka. Majlis perlepasan konvoi Jejak Fakir II di Gelugor telah dilakukan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Zahrain Mohammed Hashim.
Ketika saya diminta oleh Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang untuk membuat ulasan dan pandangan mengenai program ini, saya nyatakan dengan jelas bahawa program ini adalah penting untuk diteruskan bukan hanya di peringkat negeri akan tetapi di seluruh negara. Program ini melambangkan kepedulian kita khususnya Angkatan Muda mengenai masalah rakyat yang masih lagi faqir dan miskin.
Program ini pastinya mendapat semangat dan roh dari ucapan dasar Ketua Angkatan Muda baru-baru ini yang memberikan penekanan kepada asas dan dasar perjuangan reformasi iaitu melakukan perubahan untuk kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan peribadi.
Kita merasa pilu melihat keadaan mereka yang tidak bernasib baik ini. Di dalam masa yang sama kita melahirkan perasaan marah kepada sang penguasa yang cukup selesa dengan lantunan retorika bahawa Malaysia merupakan negara maju dengan berlambangkan bangunan mewah tanpa melihat ke bawah merancang dan melaksanakan pelan tindakan yang komprehensif serta menyeluruh bagi menyelesaikan masalah kemiskinan tegar ini.
Apabila melihat komitmen dan iltizam Angkatan Muda Penang, saya teringat kisah keazaman seekor burung pipit yang cuba memadam api marak yang sedang membakar nabi Ibrahim walaupun secara logiknya apalah yang boleh dilakukan dengan kemampuan seekor burung pipit. Syabas Angkatan Muda Penang. Mudah-mudahan usaha sahabat-sahabatku mendapat keredhaan dari Allah SWT sempena Ramadhan Al-Mubarak.

1 Comments:
At 11:01 PM, Anonymous said…
RAYUAN BANTUAN KEWANGAN
PROGRAM KEBENARAN & KESEDARAN SEMPENA RAMADHAN
Sempena bulan Ramadhan Angkatan Muda Negeri Sembilan telah melancarkan program ”Kesedaran dan Kebenaran Sempena Ramadhan”. Program ini terbahagi kepada dua iaitu
Jejak Fakir
AMNS menjejak hampir golongan / keluarga Fakir dan miskin seluruh negeri yang masih terabai dan tidak memperolehi bantuan sewajarnya. Mereka ini dibantu untuk mendapatkan bantuan tetap dari perbagai agensi yang menyediakan. Manakala 15 keluarga dikenal pasti memerlukan bantuan segera untuk mereka mengharungi Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang. Bantuan dalam bentuk kewangan (RM 50/ keluarga) , barangan (beras,susu,biskut dll) dan tenaga gotong royong. Semua bantuan yang disampaikan ini adalah hasil sumbangan dari orang ramai yang kebanyakanya keluarga AMNS sendiri.
Risalah / Poster / Banner Kebenaran dan Kesedaran
Risalah / banner / Poster di cetak mendedahkan pembaziran wang kerajaan yang seharusnya jika di gunakan secara bijaksana dapat membantu bukan sahaja fakir miskin tetapi rakyat tidak akan terbeban dengan perbagai kenaikan harga dan perkhidmatan. Oleh kerana kewangan yang terhad maka hanya 2 ribu risalah dan 100 poster baru berjaya di keluarkan. Untuk melihat kejayaan program AMNS memerlukan 10 ribu risalah, 1000 keping poster dan 8 helai banner untuk kawasan tumpuan seperti Pasar Ramadhan dan Masjid utama seluruh negeri.
Berikut ialah keperluan mendesak (yang masih belum cukup) untuk memastikan program ini mencapai matlamatnya ;
Sumbangan kewangan fakir RM 25 x 15 keluarga = RM 375
mencetak poster RM 0.20 x 1000 keping = RM 200
mencetak risalah RM 0.10 x 8000 keping = RM 800
mencetak banner RM 55 x 8 helai = RM 440
Jumlah = RM 1815
Sehubungan dengan itu kami merayu jasa baik semua untuk dapat membantu sedikit demi membantu AMNS mencapai matlamat kejayaan program. Amat mendesak untuk mendapatkan sekurang kurangnya ½ dari jumlah disebut di atas dalam sekurang kurangnya minggu depan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
cheGuBard Pengarah Program 017 6688404
Arifin Ketua AMNS 016 2862481
Amir Setiausaha AMNS 012 3589872
Keperhatinan saudara semua amat dihargai !
Post a Comment
<< Home