Shamsul Iskandar Mohd. Akin

Suara Anak Muda

Monday, October 30, 2006

Peletakan Jawatan Ezam Sebagai Ketua Pemuda Kerana Had Umur

BERNAMA


Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor melepaskan jawatannya kerana beliau telah melebihi had umur 40-tahun, kata presiden parti itu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari Ahad.

"Ya, Ezam telah mengosongkan jawatan selaku Ketua Pemuda, tetapi ini bukan kerana soal tidak puashati atau seumpamanya. Beliau telah menjangkau had umur 40-tahun... jadi kena lepaskan jawatannya," kata beliau.

Tidak perlu timbul sebarang spekulasi tentang sebab Ezam melepaskan jawatan itu, katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Hari Raya yang diadakan beliau bersama suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga penasihat PKR dan bekas timbalan perdana menteri.

Dr Azizah berkata: "Ada dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan sayap Pemuda bahawa sesiapa yang melebihi usia 40 tidak boleh memegang jawatan itu dan oleh kerana Ezam telah menjangkau had umur itu, beliau mengosongkan jawatan itu," kata Anggota Parlimen Permatang Pauh itu, satu-satunya kerusi parlimen yang dikuasai PKR.

Beliau berkata langkah Ezam itu tidak langsung menjejas sayap pemuda dipanggil "Angkatan Muda Keadilan Malaysia" oleh kerana gabungan pemimpin sekarang mampu mentadbir pergerakan itu.

Naib-ketua Pemuda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin telah dilantik sebagai pemangku ketua.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home