Shamsul Iskandar Mohd. Akin

Suara Anak Muda

Monday, October 30, 2006

Amanah dan Tanggungjawab Baru

Semalam, 29/10 merupakan momen dan saat yang bersejarah kepada perjuangan Angkatan Muda Keadilan (AMK). Di dalam mesyuarat exco pertama selepas Kongres AMK yang gemilang di Pulau Pinang, kita telah membuat keputusan penting yang menggambarkan sikap dan pendirian progresif AMK.

Progresif yang dimaksudkan ialah AMK mempunyai keberaniaan untuk melakukan perubahan hatta di dalam parti sendiri. Tidak wujud mana-mana pertubuhan yang melibatkan anak muda di Malaysia ini yang sanggup menghadkan had umur kepada 40 tahun untuk jawatan ketua. Ini termasuk pertubuhan-pertubuhan belia di Malaysia. Sebab itu wujud sindrom pergerakan belia dan juga pergerakan pemuda yang mana ketuanya sudah mencecah umur 50 an. AMK mempunyai sikap dan pandangan yang amat berbeza di dalam hal ini dan kita melakukan dahulu tindakan ini dengan meminda perlembagaan dan undang-undang parti.

Walau bagaimanapun, sudah pasti pemergian Saudara Ezam dan Saudara Faizal sekaligus merupakan satu cabaran besar yang terpaksa di hadapi oleh kesemua pimpinan muda di dalam AMK. Tidak keterlaluan kalau saya nyatakan bahawa AMK ini membesar di bawah kepimpinan Saudara Ezam. AMK berada di dalam keadaan cukup selesa dan bersemangat, politicking yang amat minima dan kerjasama yang baik sepanjang berada di bawah kepimpinan Saudara Ezam dan Faizal. Justeru, pengunduran mereka memberikan impak yang besar kepada AMK.

Walau apa pun keadaannya, AMK terpaksa bergerak ke hadapan menempuhi cabaran baru dengan nada yang optimis. Saya telah nyatakan dengan tegas keyakinan saya terhadap keputusan Saudara Ezam seperti mana yakinnya saya tehadap keputusan-keputusan beliau sebelum ini. Pastilah berlaku argument yang hebat di antara saya dan beliau sebelum sesuatu keputusan di buat. Di dalam isu ini pun, Saudara Ezam telah nyatakan bahawa saya di antara orang yang paling kuat menentang keputusan beliau dan Faizal. Namun, keputusan tetap keputusan, tidak akan mampu memuaskan semua pihak. Akhirnya, saya terpaksa memikul amanah dan tanggungjawab besar.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk menyampaikan rasa terharu dan ucapan terima-kasih di atas keyakinan rakan-rakan pimpinan muda di dalam AMK yang memilih saya sebagai Pemangku Ketua. Sepertimana yang sentiasa diingatkan oleh Ketua kita, jawatan merupakan amanah dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dengan penuh semangat dan dedikasi. Saya memberikan komitmen untuk bekerja bersama-sama rakan-rakan di dalam AMK dan seluruh anak muda Malaysia. Dengan nada yang sama, saya juga pohon agar rakan-rakan AMK dapat memberikan sepenuh komitmen kepada perjuangan ini.

Mari kita ajak dan ajar anak muda Malaysia mengenai politik. Mari kita ajar diri kita dan anak muda yang lain bahawa politik merupakan ekspresi keyakinan kita untuk menyumbang kepada kebahagiaan rakyat dan bukannya menipu dan merompak rakyat. Mari kita ajar diri kita dan anak muda Malaysia bahawa politik bukan hanya seni serba kemungkinan khususnya seni untuk membuat spekulasi murahan, intrig politik yang berlebihan, pertemuan-pertemuan dan rundingan-rundingan sulit dan maneuver yang pragmatik akan tetapi politik boleh juga merupakan seni yang tidak mungkin (art of impossible) iaitu menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan baru yang komited kepada usaha melakukan perubahan berpaksikan kepada keadilan untuk semua. Mari kita ajar diri kita dan anak muda Malaysia makna agenda Reformasi.


Salam perjuangan.

14 Comments:

  • At 11:55 AM, Anonymous Anonymous said…

    TAHNIAH SAUDARA SHAMSUL, SEMOGA PERJUANGAN TERDAHULU AKAN DITERUSKAN DEMI BANGSA DAN TANAH AIR TERCINTA

     
  • At 4:53 PM, Anonymous CheGuBard said…

    Saudara jangan ingat jadi pemangku bermakna saudara akan terus memegang jawatan ketua.

    Saya akan cabar saudara di dalam Kongres akan datang dan kami akan pastikan saudara akan tersungkur. Bersama Azmin Ali saudara akan lingkup.

     
  • At 12:04 AM, Blogger che'GuBard said…

    Tahniah !

    Sam minta maaf aku tak dapat hadir mesyuarat dan PC tersebut ... ada masalah peribadi...

    teruskan usaha ketepikan segala provokasi...fokus dan prihatin sesama teman....

    kita boleh membina gerakan anak muda !

     
  • At 3:09 AM, Blogger Bob K said…

    Tahniah Sdr Shamsul. May our struggle continue to take root amongst the peoples of Malaysia and bring us forward as a free, progressive and democratic nation.

    Salam Reformasi.

     
  • At 10:43 AM, Anonymous shenyeeaun said…

    syabas. bagi saya tidak kira kita berada di parti mana ( gerakan , mca , mic , umno , dap , pas ,keadilan). sebab itu banyak orang tanya saya sokong parti mana. jawapan saya , saya sokong semua yang benar dan menentang semua yang buruk. dalam setiap parti ada kebaikan dan keburukan masing-masing.

    asalkan perjuangan kita ikhlas dan jitu.

    tidak kira apa jawatan yang kita peroleh. sama ada paling tinggi ataupun paling rendah.

    yang penting ada usaha dan semangat untuk berkhidmat untuk berjuang.

    tahniah.

    syabas.

    minta maaf kerana salah hantar sms pada hari itu kerana saya biasa bermesej dengan shin
    ( pengelola laman web pkr ). Kebetulan pula nama shamsul mula dengan S. selepas menghantar mesej baru tahu hantar mesej kepada orang yang salah.

    maaf zahir batin.

     
  • At 10:50 PM, Anonymous Nik Nazmi said…

    Tahniah saudara Shamsul!

    Mari kita sahut seruan sdr untuk menjadikan politics the art of the impossible realiti untuk generasi kita.

     
  • At 11:51 PM, Blogger Amin Ahmad said…

    sdr Shamsul,

    tahniah atas lantikan. saya percaya sdr punya kekuatan tersendiri utk menggalas beban perjuangan.

    ramai yg akan menilai, tetapi kita akan lihat seramai mana yg sedia bersama - bila sdr tegas dan jelas berdiri pd perjuangan..

     
  • At 11:40 AM, Blogger ADIhamka said…

    Salam..
    Tahniah atas perlantikan Sdr sebagai Pemangku Ketua Angkatan Muda KeADILan.
    semoga iltizam sdr untuk membentuk kelompok anak muda yang lebih progresif mendapat dokongan membina daripada semoga lapisan reformis.
    Meminjam komentar Sdr Nik Nazmi, saranan sdr perlu direalisasikan bersama sebagai asas idealisme baru ke arah melahirkan generasi muda yang lebih berani!

    ADIhamka
    AI 3.0

     
  • At 9:13 PM, Blogger amireform said…

    tahniah,
    jangan sesekali mengabaikan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. salam taniah dari saya dan angkatan muda teluk kemang

     
  • At 9:35 PM, Anonymous azizi amkns said…

    tahniah....teruskan perjuangan memartabatkan keadilan untuk rakyat.

     
  • At 8:32 PM, Anonymous Anonymous said…

    Infatuation casinos? assess this modish [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] confidante and wing it slur online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
    you can also investigate our fashion [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] inspiration at http://freecasinogames2010.webs.com and substitute pro in effects lolly !
    another unsurpassed [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] belittle delete is www.ttittancasino.com , in checkout german gamblers, goat in unrestrained online casino bonus.

     
  • At 11:15 AM, Anonymous Anonymous said…

    You could easily be making money online in the underground world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat scripts[/URL], Don’t feel silly if you have no clue about blackhat marketing. Blackhat marketing uses not-so-popular or misunderstood methods to build an income online.

     
  • At 5:08 PM, Anonymous Anonymous said…

    top [url=http://www.001casino.com/]free casino games[/url] hinder the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]free casino[/url] autonomous no set aside bonus at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]baywatchcasino.com
    [/url].

     
  • At 6:28 AM, Anonymous Anonymous said…

    [url=http://www.23planet.com]casinos online[/url], also known as exciting casinos or Internet casinos, are online versions of acknowledged ("buddy and mortar") casinos. Online casinos clarify b tidy up someone event gamblers to filch up and wager on casino games from the poop go the Internet.
    Online casinos superficially rib uncivil odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos control on higher payback percentages with a censure preference for defender games, and some alter known payout enamour audits on their websites. Assuming that the online casino is using an aptly programmed unsystematic totality up generator, catalogue games like blackjack coveted an established congress edge. The payout wink of an eye during these games are established during the rules of the game.
    Uncounted online casinos leave in mishap or attend to their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Spread out Brash Technology and CryptoLogic Inc.

     

Post a Comment

<< Home