Siasat segera salahguna kuasa pemimpin UMNO-BN
3 November 2006
Kenyataan Media
Angkatan Muda keADILan Negeri Selangor hari ini telah membuat satu laporan polis agar siasatan dilakukan terhadap pihak yang bertanggungjawab memberikan tanah tapak “Istana Zakaria’ di Kampung Idaman, Klang kepada isteri Datuk Zakaria Mat Deros, Datin Zizah Ngah.
Laporan media massa menyatakan bahawa Datin Zizah Ngah hanya membayar RM 46,000.00 untuk mendapatkan tanah tersebut yang asalnya diperuntukkan untuk sekolah agama. Justeru Angkatan Muda keADILan mengesyaki telah berlaku salah guna kuasa dalam proses pemberian tanah tersebut.
Terdapat juga laporan bahawa tanah yang dianugerahkan kepada Datin Zizah Ngah asalnya adalah lapan lot tanah dengan Lesen Menduduki Sementara (TOL). Ia kemudian dibatalkan dan dijadikan satu lot besar untuk diberikan kepada beliau.
Dato' Seri Mohd Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor dan EXCO Tanah dan Kewangan Negeri adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penganugerahan tanah kerajaan negeri.
Oleh itu Angkatan Muda keADILan mendesak agar beliau memberikan penjelasan segera bagaimana penganugerahan tanah tersebut kepada Datin Zizah Ngah telah menyumbang kepada kepentingan negeri dan rakyat.
Angkatan Muda keADILan maklum bahawa terdapat banyak kes-kes lain di mana para pemimpin UMNO-BN, para ahli keluarga dan kroni mereka diberikan tanah kerajaan dengan hanya membayar harga yang sangat rendah. Kes-kes ini akan kita dedahkan tidak lama lagi.
Angkatan Muda keADILan mendesak agar pihak Kerajaan Negeri Selangor khususnya Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo lebih telus dan mendedahkan kepada rakyat senarai penuh mereka yang telah menerima anugerah tanah kerajaan dan berapa harga yang dibayar oleh penerima untuk tanah-tanah tersebut.
Seharusnya ada justifikasi yang wajar mengenai kelayakan mereka yang menerima anugerah tanah dengan begitu mudah sedangkan terdapat petani dan peneroka yang terus dinafikan hak milik ke atas tanah yang telah mereka usahakan sejak berpuluh-puluh tahun.
Angkatan Muda keADILan kesal kerana selama ini rakyat di Negeri Selangor berterusan menghadapi masalah untuk mendapatkan tanah untuk kediaman asas sekalipun. Masalah ini telah tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh Barisan Nasional yang memerintah tetapi sebaliknya kuasa yang dipegang disalahguna untuk kepentingan peribadi, kroni dan keluarga.
Pemberian tanah pada harga yang terlalu murah ini adalah salah satu cara penyelewengan yang membiayai gaya hidup mewah pemimpin-pemimpin UMNO-BN selama ini.
Sehubungan itu, Angkatan Muda keADILan mencabar Zakaria yang juga ADUN Pelabuhan Klang agar mengisytiharkan penyata terperinci mengenai pendapatan dan kekayaan yang dimilikinya.
Angkatan Muda keADILan yakin kekayaan yang dimiliki beliau dan ahli keluarga beliau tidak dapat dijustifikasikan sumber pendapatan mereka. Justeru Badan Pencegah Rasuah perlu menyegerakan siasatan bagi mengekang amalan rasuah dan penyelewengan yang telah menjadi cara hidup pemimpin UMNO.
Dengan nada yang sama Angkatan Muda keADILan mendesak Khir Toyo untuk menunjukkan teladan dalam memimpin dengan mengisytiharkan pendapatan dan harta yang beliau miliki.
Justeru Angkatan Muda keADILan menegaskan bahawa pihak berkuasa mesti segera memulakan siasatan dan melakukan pertuduhan terhadap mana-mana pemimpin UMNO-BN yang terlibat.
Sekiranya tiada tindakan yang diambil, Angkatan Muda keADILan akan mengkaji kesemua peruntukan undang-undang yang ada dan tidak menolak kemungkinan, sekiranya terdapat bukti yang kukuh, akan memulakan Pertuduhan Persendirian (Private Prosecution) terhadap mereka yang terbabit selaras dengan peruntukan di dalam Kanun Acara Jenayah.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Pemangku Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

1 Comments:
At 2:07 PM, Anonymous said…
Kerajaan negeri guna dana khas bantu rakyat miskin untuk tujuan lain
Sep 6, 06 12:11pm
Wang Dana Khas disalurkan kepada kerajaan negeri untuk membiayai program untuk golongan misikin tetapi sebahagiannya telah dibelanjakan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan program tersebut, seperti mengubahsuai kediaman rasmi menteri besar dan membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7.
Selain itu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2005, wang tersebut juga telah dibelanja untuk memasang papan iklan sempena lawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke Kedah.
Menurut laporan itu lagi, pada umumnya, dana khas itu terdiri daripada wang yang diterima dari Petronas dan disalurkan oleh Perbendaharaan, termasuk kepada kerajaan negeri melalui pejabat pembangunan negeri atau pejabat kewangan negeri.
Bagi tempoh tahun 2001 hingga 2005, sejumlah RM1.63 bilion diperuntukkan, termasuk kepada kerajaan-kerajaan negeri. Daripada jumlah itu, RM1.04 bilion telah dibelanjakan. Selain Kedah, negeri lain yang menerima wang dana khas tersebut ialah Kelantan, Terengganu , Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan.
Menurut laporan itu lagi, program dana khas itu yang dilaksanakan di peringkat persekutuan dapat dinikmati oleh rakyat, tetapi di peringkat negeri, peruntukan tersebut turut digunakan untuk membiayai projek dan aktiviti yang tidak berkaitan dengannya dan ini telah menjejaskan matlamat program tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Kedah diperuntukkan RM40 juta dana khas bagi tempoh 2003 hingga 2005. Selain memasang papan iklan di atas, kerajaan negeri membelanjakan RM701,222 daripada dana itu untuk membeli label pin untuk orang kenamaan, topi, pakaian untuk pasukan kawat Ahli Dewan Undangan Negeri sempena Hari Kemerdekaan.
Wang itu juga digunakan untuk bayaran membekal permaidani dan ‘timber blind’ untuk kegunaan Pejabat Menteri Besar; peralatan penggambaraan untuk krew NTV7.
Biaya tuisyen Puteri Umno
Laporan itu menyebut, mengikut maklum balas yang diterima daripada Perbendaharaan Malaysia , perbelanjaan tersebut dibuat atas arahan Menteri Besar Kedah.
Di samping itu, peruntukan itu juga diguna untuk bayaran sumbangan bagi Program Pusat Tuisyen anjuran Puteri Umno Sungai Petani sebanyak RM110,000 hanya berdasarkan kepada kertas kerja cadangannya.
Sepatutnya, tegas laporan tersebut, pembayaran tersebut dibuat berdasarkan bil tuntutan bulanan daripada tenaga pengajr kelas tuisyen.
Manakala 700 komputer bernilai RM2.10 juta turut dibeli dengan dana itu pada 2004 untuk diagihkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di seluruh Kedah tanpa memanggil tender.
Di samping itu, RM190,374 dibelanjakan, antaranya untuk bayaran iklan ucapan tahniah di akhbar, penginapan dan peralatan pejabat, yang dibuat tanpa mendapat kelulusan pihak Perbendaharaan terlebih dahulu.
Kerajaan Negeri Kedah juga, katanya, telah membelanjakan dana itu untuk membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7.
Terengganu pula telah diperuntukan wang dana khas sebanyak RM665 (2004-2005) tetapi ianya telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri itu, seperti membayar emolumen, perkhidmatan, aset dan melaksanakan projek pembangunan.
“Sesungguhnya perbelanjaan yang dibuat tidak selaras dengan tujuan asal penubuhan dana khas, namun perbelanjaan yang dibuat, telah mendapat kelulusan daripada Perbendaharaan Malaysia ,” kata laporan audit itu.
Bina kediman MB
Manakala Kerajaan Negeri Perlis pula membelanjakan RM17,800 daripada peruntukan dana khas itu untuk membiayai kursus ketatanegaraan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pelis, sedang ia sepatutnya dibiayai oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perlis.
Kerajaan Negeri Pahang pula didapati membelanjakan RM0.92 juta daripada peruntukan dana khas itu untuk membiayai kos tambahan pembinaan Kompleks Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Sepatutnya, menurut laporan tersebut, lebihan kos itu ditanggung oleh Majlis Agama Islam Pahang.
Kerajaan Negeri sembilan pula telah membelanjakan RM5.44 juta daripada wang dana khas untuk membekalkan perabot di Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah Port Dickson dan Seremban.
Manakala RM4.50 juta lagi daripada peruntukan dana khas itu dibelanjakan untuk projek mengubahsuai rumah tetamu Kerajaan Negeri Sembilan untuk kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.
Laporan Ketua Audit Negara itu berkata, perbelanjaan tersebut adalah tidak menepati tujuan sebenar penyaluarn wang dana khas itu.
Di Kelantan pula, projek-projek dengan biayai dana khas itu dilaksanakan selepas mendapat persetujuan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu dan bukannya ketua pengarah unit penyelarasan pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, seperti sepatutnya.
Post a Comment
<< Home