JANJI BANTERAS RASUAH HANYA KENYATAAN RETORIK ABDULLAH BADAWI
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia amat prihatin dengan perkembangan mutakhir dalam negara khususnya yang berkaitan dengan amalan rasuah yang semakin membarah di kalangan pucuk pimpinan negara.
Dalam pengamatan kami, ternyata janji dan laungan membanteras amalan rasuah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi hanyalah kenyataan retorik, tidak serius dan digunakan hanya untuk menarik undi daripada rakyat semata-mata.
Segalanya tergambar dengan laporan Transparency International (TI), berkenaan Indeks Persepsi Rasuah Negara, yang menunjukkan negara telah mengalami penurunan yang amat memalukan. Setahun kepimpinan Abdullah mengambil tampuk pemerintahan, Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menjunam ke tangga 39 berbanding 36 tahun sebelumnya. Dan laporan terbaru, menunjukkan penurunan lima lagi anak tangga ke tangga 44.
Angka ini jika dibandingkan dengan beberapa negara serantau seperti Singapura dan Thailand ternyata prestasi kita lebih buruk dari mereka dan sudah pasti ianya akan memberi impak kepada tarikan pelabur asing seterusnya melembabkan ekonomi negara.
Walaupun kerajaan mengumumkan beberapa langkah seperti penubuhan Institut Intergriti Negara dan Pelan Intergriti Nasional, pada kami ianya hanyalah seperti menyediakan satu lagi badan yang tidak dapat menyelesaikan masalah malah mungkin menimbulkan lagi masalah.
Jika kerajaan bersungguh-sungguh, seharusnya Badan Pencegah Rasuah (BPR) diletakkan di bawah Parlimen agar badan ini lebih bebas dan tidak tertakhluk di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Selain itu, kerajaan juga harus menyokong dan memberikan bantuan kepada badan-badan sosial seperti Gerakan Anti Korupsi dan Demokrasi (GERAK) dan badan-badan lain yang bersungguh-sungguh membanteras rasuah.
Kerajaan juga harus membuang pelbagai akta yang menyekat kebebasan maklumat seperti Akta rahsia Rasmi (OSA) yang ternyata digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk melindungi perasuah dan kegiatan mereka.
Oleh itu, Angkatan Muda mendesak agar kerajaan dengan segera mendedahkan status ratusan laporan Polis dan juga laporan kepada BPR yang telah dibuat oleh kepimpinan Keadilan dan Barisan Alternatif (BA) sepanjang 7 tahun lalu yang melibatkan amalan rasuah kepimpinan tertinggi kerajaan.
Kami juga mendesak kerajaan untuk mendedahkan status penyiasatan dan pendakwaan lapan (8) orang peringkat tertinggi yang terlibat dengan rasuah seperti yang didakwa oleh Rais Yatim semasa beliau memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Shamsul Iskandar Md Akin
Pemangku Ketua Angkatan Muda Malaysia
019-3413312

0 Comments:
Post a Comment
<< Home