Shamsul Iskandar Mohd. Akin

Suara Anak Muda

Thursday, November 16, 2006

Pemuda PKR bidas Khairy kerana serang Anwar

(Petikan dari Malaysiakini.com)

Angkatan Muda Keadilan (AMK) kecewa dengan serangan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi pengulungan persidangan Pemuda Umno.

Naib Ketua AMK, Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman berkata, kecaman Khairy terhadap Anwar sebagai pengkhianat orang Melayu, sebenarnya usaha menutup untuk kontroversi dan spekulasi yang menyelubungi dirinya serta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi.

Sharifah berkata, sepanjang penglibatan dalam Umno, Anwar tidak pernah membenarkan dirinya dikaitkan dengan sebarang syarikat besar seperti ECM Libra dan Scomi yang dipertikaikan ketelusanya ketika memperoleh dana dan projek kerajaan.

"Dalam usaha membanteras rasuah juga, Anwar menunjukkan tekadnya semasa dua bulan memangku kerusi Perdana Menteri dengan meminda Akta Rasuah.

"Sebaliknya, setelah tiga tahun kepimpinan Abdullah ternyata imej rasuah Malaysia semakin kotor, dibuktikan dengan laporan dan kajian yang dibuat oleh agensi antarabangsa, Transparency International (TI) baru-baru ini," tambahnya

Tegasnya, Anwar juga semasa menjadi menteri kewangan masih jauh dari gapaian kepimpinan sekarang yang masih bergelut dalam usaha memantapkan kepercayaan pelabur untuk datang ke Malaysia.

"Segalanya tergambar kerana sehingga kini Anwar masih dipanggil dan dijemput untuk membincangkan persoalan ekonomi-politik dunia serta menjadi penasihat kepada kerajaan, syarikat dan agensi dunia," katanya lagi.

Sehubungan itu, AMK menyeru agar Khairy membuka pintu untuk disiasat secara telus oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas kecurigaan yang ditimbulkan oleh beberapa pihak di negara ini, dan bukan dengan memacu politik perkauman serta menuduh orang lain mengkhianati perjuangan membela bangsa Melayu.

Isu IFC, GLC

Sementara itu, Pemangku Ketua AMK dalam Shamsul Iskandar Md Akin turut membidas kecaman Pemuda Umno terhadap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat dan penghalang proses memajukan Melayu kerana mengkritik Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Padahalnya DEB ternyata gagal mengecap sasaran untuk memajukan orang Melayu, sebaliknya telah berjaya menghasilkan gejala korupsi, kronisme dan nepotisme," katanya.

Katanya, AMK percaya cadangan konsep Agenda Ekonomi Baru yang dibawa oleh Anwar lebih memenuhi kehendak semasa dan realistik dalam membangunkan seluruh bangsa dengan mengikis semangat perkauman yang sempit dalam DEB.

Mengenai reaksi negatif dan ekstrem Pemuda Umno terhadap IFC dan Artikel 11, Shamsul menegaskan, sewajarnya isu tersebut dibincangkan secara demokratik bagi membentuk dan membuat keputusan yang lebih baik dan dipersetujui bersama.

"Kami komited dengan pendirian agar perbincangan antara agama dan tamadun harus diteruskan dengan cara berhemah dan tuntas, kerana ianya memberi impak secara langsung kepada kehidupan seluruh rakyat Malaysia yang majmuk," katanya.

Katanya, AMK juga berpendirian bahawa hasil persidangan Pemuda Umno jelas menggambarkan kedudukan pergerakan itu yang terperangkap dalam lingkaran gelap politik perkauman dengan membakar sentimen perkauman.

"Pemuda Umno ternyata bersalahan dengan semangat golongan muda yang sepatutnya mempunyai imaginasi progresif dalam mengambarkan corak kehidupan bangsa Malaysia yang lebih egaliter, toleran dan terbuka," katanya.

Selain itu, katanya, ugutan terhadap CEO syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), yang kebanyakannya golongan muda profesional agar menyertai Umno, juga memperlihatkan sikap mengongkong dan merendah-rendahkan CEO GLC.

2 Comments:

  • At 4:58 AM, Anonymous Anonymous said…

    FROM:
    http://chegubard.blogspot.com/2006/12/catatan-ke-terengganu-jangan-jadi.html

    "Dalam perjalanan keluar dari kampung tersebut saya tersentak dengan sms dari Ketua AMK Terengganu, Wan Anies yang berada di Kuala lumpur. Anies memaklumkan yang dia di hubungi oleh pemangku Ketua AMK Shamsul yang mempersoalkan kenapa aku dibenarkan masuk dan bertemu dengan AMK Terengganu..... aku sedih sangat kenapa ini perlu berlaku ??? Namun Anies minta take note yang dia beritahu Shamsul yang aku hanya turun untuk ceramah anjuran keADILan Kuala Terengganu..... (kepada mereka jangan risau jaminan diberi tidak akan bertanding jawatan nombor satu AMK itu..) Anies tidak salah dia menjawab begitu mungkin baginya itu jalan terbaik dan selamat".

    FROM:
    http://shamsuliskandar.blogspot.com/2006/11/pemuda-pkr-bidas-khairy-kerana-serang.html

    Mengenai reaksi negatif dan ekstrem Pemuda Umno terhadap IFC dan Artikel 11, Shamsul menegaskan, sewajarnya isu tersebut dibincangkan secara demokratik bagi membentuk dan membuat keputusan yang lebih baik dan dipersetujui bersama.


    CAKAP PASAL DEMOKRATIK KONON....ORG KEADILAN SENDIRI PUN KO RISAU DIA BAGI CERAMAH KAT TEREGGANU.....PADAN LAH DGN KEJE KO TU.....LAWYER@LOYAR BURUK.

    Mohd Hakimi
    Leeds, West Yorkshire
    United Kingdom

    P/S: Kalau berani + adil, siarkan comment aku....

     
  • At 10:04 AM, Blogger Satria Asia said…

    "Kami merasa kesal dengan kejadian kekasaran ke atas seorang jurugambar wanita Loh Hoay Hoon dari Guang Ming Daily. Insiden yang berlaku itu terjadi di lokasi ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya, Pulau Pinang..."

    This is at least the 3rd incident. If AMK is responsible for picking these volunteers, they had better do some soul searching fast. PKR is not yet the government and the goons are as bad as the Umno putra 'Scorpio' goons of Klang.

    Shamsul Isankar Mohd Akin, what have you got to say?

     

Post a Comment

<< Home