Shamsul Iskandar Mohd. Akin

Suara Anak Muda

Wednesday, April 26, 2006

Bukan Orang Biasa

Bukan Orang Biasa (nyanyi ikut tune lagu Bukan Cinta Biasa - Siti Nurhaliza )

Begitu banyak lebuhraya
Ada retak dan tak rata
Tapi Menteri Kerja Raya
Bukanlah orang biasa
Projek projek yang berbeza
beri kontraktor yang sama
Ku tak ingin rakyat tahu
Tetapi mereka selalu bertanya

Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri Kerja Raya
Tak perlu dipaksa
Tak perlu ditanya
kerna ku yakin tiada jawabnya oohh...
Walau ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang tercedera
Tapi biarlah terkorban nyawa
Akan aku salahkan takdir nya

MRR2 keretakan
Pantai Timur tak rata
Utara Selatan runtuh
Hospital diserang kulat pula
Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri yang lama
Tak ingin berhenti
Tak ingin berganti
Peduli apa orang nak kata
Andai ku mahu repair semua
Ku beri kontraktor yang sama
Highway kan runtuh telah diduga
Jangan harap ku letak ..jawatann ....

Lirik : Kabinet Malaysia
Lagu : Radio Tok Mamak (ZAM)
Artis : Rapidah Aziz

Wednesday, April 12, 2006

It's None of My Business

Forum: It's None of My Business: Freedom of Information for Lawyers

A forum organized by the Freedom of Information Coalition and the Bar Council will be held as below:

Date: Saturday, 22 April 2006
Time: 10.00 am - 1:00 pm (Registration : 9:30 a.m.)
Venue: Bar Council Auditorium1st Floor Bar Council Secretariat13, 15 & 17 Leboh Pasar Besar50050 Kuala Lumpur

The speakers;
  • Ms. Irene Fernandez
  • Mr. M Puravalen
  • En. Mohd Ezam Nor
  • En. Zainur Zakaria

Monday, April 03, 2006

Kepala Batas kecoh, desakan ‘Dolah Badawi letak jawatan’

Monday, March 27, 2006
Oleh Zulkifli Mohamed

Pantang pendekar, bertarung mesti berhadapan di tempat lawan...
Pak Lah fikirkanlah nasihat ibumu

KEPALA BATAS:
‘Jantung hati’ Perdana Menteri, Kepala Batas, kecoh seketika apabila lebih seribu penunjuk perasaan melaungkan ‘Dolah Badawih letak jawatan’ dan diikuti dengan perarakan yang diura-urakan menuju ke kediaman pemimpin utama negara itu, di sini, Ahad petang.Terdengar laungan ‘ayuh ke rumah Pak Lah’ setelah mereka dihalang oleh polis untuk meneruskan demo ‘Protes Sampai Turun’ di Kompleks Dato’ Kailan, di sini.Justeru, sekumpulan penunjuk perasaan berjalan kaki dan bermotosikal berarak di jalan raya diketuai Naib Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mohd Akin.Turut serta Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Badrul Hisham Saharin, Exco Angkatan Muda Fariz Musa, Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang Amizudin Ahmat dan beberapa exco pimpinan Angkatan Muda pusat dan negeri.Kesesakan jalan raya berlaku sejauh kira-kira 1.5 km.Keadaan itu menimbulkan panik di kalangan anggota polis sehingga memaksa mereka cuba merampas bendera Keadilan dan kain rentang yang dibawa penunjuk perasaan.
Bagaimanapun, kumpulan itu kemudiannya singgah di luar bangunan Umno Cawangan Seri Serdang, dan melaungkan ‘Dolah Badawi letak jawatan’… ‘Protes Sampai Turun, sambil memegang kain rentang ‘Petronas Untung, Rakyat Rugi’.Mereka kemudiannya bersurai secara aman kira-kira jam 6.30 petang.Sebelum itu, pihak polis telah menghalang para penunjuk perasaan meneruskan demontrasi selepas berlangsung kira-kira 20 minit, setelah mendapati bilangan mereka semakin ramai.Sebuah meriam air (water cannon) dan lima trak bersiap sedia di situ.Bercakap pada perhimpunan itu, Shamsul menggesa Abdullah merenung semula kata-kata nasihat arwah ibunya, Dato’ Kailan Hassan, supaya beliau jangan menzalimi dan menganiaya rakyat.Justeru, katanya Abdullah perlu menyelesaikan masalah rakyat dengan menurunkan semula harga minyak.“Sekiranya beliau tidak mampu menyelesaikan masalah ini, kita desak Dolah Badawi letak jawatan,” laungnya.
Sementara Badrul Hisham berkata, Parlimen telah dimaklumkan kerajaan membelanjakan sebanyak RM230 ribu sebulan untuk bayaran bil elektrik mahligai Perdana Menteri di Putrajaya.“Manakala pemimpin yang mahukan rakyat mengubah cara hidup, (Najib) kos bil elektrik rumahnya sahaja sebanyak RM68 ribu sebulan,” jelasnya.Berikutan itu, Badrul berkata rakyat terseksa sekarang, sekiranya Abdullah tidak mampu mentadbir negara, rakyat minta Abdullah letak jawatan.Bagi Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, Amizudin pula secara terbuka mencabar Ketua Pemuda Umno negeri itu untuk berdebat secara terbuka dengannya berkenaan isu kenaikan harga minyak.