Kenyataan Media - 13 Jun 2006
Kenyataan Media
13 Jun 2006
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menarik perhatian bahawa laporan Utusan Malaysia (10 Jun 2006) dan The Star (12 Jun 2006) mengenai laporan polis AMK terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad adalah ralat. Utusan Malaysia melaporkan bahawa PKR mendesak agar Dr. Mahathir disiasat di bawah Akta Hasutan. Manakala The Star pula menyiarkan kenyataan Dr. Mahathir yang kecewa dengan tindakan kami melabel kritikan beliau terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai zalim.
AMK menegaskan bahawa desakan agar Dr.Mahathir disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran tindakan beliau mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak terkandung dalam laporan polis AMK yang dibuat pada 9 Jun 2006 mahupun kenyataan media bertulis dan kenyataan lisan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin, yang dibuat kepada wartawan sejurus selepas penyerahan laporan polis tersebut. Kami sebaliknya meminta pihak polis agar menyiasat kenyataan Dr. Mahathir yang disiarkan dalam laman web Malaysiakini.com bertarikh 7 Jun 2006 yang antara lain merujuk kepada bagaimana wang Petronas dibelanjakan secara sewenang-wenangnya oleh Kerajaan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Kami juga meminta agar pihak polis menyiasat kenyataan Tan Sri Ani Arope, bekas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang disiarkan dalam The Star pada 7 Jun 2006. Kenyataan tersebut mengaitkan Dr. Mahathir dengan pemberian kontrak pembekalan tenaga elektrik kepada Pengeluar Kuasa Bebas (Independent Power Producer) yang mana terma-terma perjanjiannya merugikan TNB dan pengguna.
Laporan polis tersebut dibuat atas kesedaran kami bahawa Kerajaan bertanggungjawab menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan wang rakyat samada penyalahgunaan tersebut berlaku di era Dr. Mahathir atau di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Kami sekali-kali tidak berminat untuk terlibat dalam perbalahan peribadi antara Dr. Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi. Kami juga menegaskan bahawa penggunaan undang-undang zalim seperti Akta Hasutan adalah bertentangan dengan nilai-nilai pemerintahan demokratik yang kami dokong.
Sehubungan dengan itu, kami menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar mengumumkan jumlah wang rakyat yang telah dibelanjakan untuk pelaksanaan projek-projek mega di negara ini sejak zaman kepimpinan Dr. Mahathir sehingga kini. Kami juga mencadangkan kepada Perdana Menteri agar menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat antara lain pendedahan Dr. Mahathir mengenai perbelanjaan secara wewenang wang Petronas untuk membiayai projek-projek mega seperti pembinaan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya.